Program Jiwa@ Komuniti Madani Sembang Santai Komuniti Bungai Jarau Bersama JAPEN,SKMM Sibu& NADI PEKAN MACHAN

29 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

28 Julai 2025- Program JIWA@Komuniti Sembang Santai Komuniti MADANI Bungai Jarau, Sg Maong Machan dan Slot Khas Komuniti X NADI yang telah dilaksanakan di Pusat NADI Pekan Machan pada pagi tadi.

Turut hadir dalam program kali ini, Puan Audry Anak Gerry Pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Cawangan Sibu yang telah menyampaikan ceramah tentang Kempen Internet Selamat dan pameran bagi memberi kesedaran dalam kalangan komuniti tentang pentingnya keselamatan dalam talian.

Pada masa yang sama, pemeriksaan kesihatan juga diberikan oleh Puan Laila Anak Bennet, Pengurus NADI Pekan Machan dan Puan Diana Anak BAUNG Penolong Pengurus NADI Pekan Machan kepada ahli-ahli Komuniti MADANI Bungai Jarau yang terlibat dalam program tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali